Sepatutnya bila tiada hari Isnin, minggu ini dapat dimulakan dengan begitu bersemangat dan bertenaga kerana hari yang biasanya tidak bagus dan tidak produktif itu telah berjaya dilangkau. Oleh yang demikian, Saya menjangkakan semua orang akan gembira, ceria dan bertenaga apabila memulakan tugas hari ini.
Namun begitu, hakikat sebenarnya ialah apabila sudah menikmati cuti hujung minggu yang agak panjang memang susah untuk mengembalikan momentum.
Hal yang sama juga berlaku apabila sudah meninggalkan dunia dalam talian serta blog tanpa dikemaskini lebih daripada 2 hari. Untuk mengembalikan momentum menulis dan "blogwalking" itu agak sukar.
Terpaksalah bermula semula secara perlahan-lahan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan