BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

19 November 2011

Saya Yang Selalu Lupa Tarikh Hari Lahir Diri Sendiri


Sebenarnya kalau tidak kerana Facebook dan Isteri, mungkin hari ini Saya terlupa yang hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Saya.

Terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan yang menulis mesej di dinding Facebook untuk  mengucapkan selamat hari lahir.

Maklumlah sejak dari kecil, menyambut hari kelahiran bukanlah budaya yang diamalkan oleh keluarga Saya. Jadi tidak hairanlah dahulu sebelum berkahwin Saya sentiasa terlupa mengenai tarikh tersebut. Lagipun apa nak dihairankan, kebanyakan orang lelaki memang sudah terkenal dengan sifat pelupa tentang mengingati tarikh-tarikh penting dalam kehidupan!

Akibat tidak mengingati tarikh-tarikh penting, secara automatiknya Saya pernah dilabel sebagai tidak sensitif, tidak perihatin dan tidak romantik!

Sebenarnya Saya punyai alasan tersendiri kerana sering lupa dalam mengingati tarikh-tarikh penting dalam kehidupan. Oleh kerana tarikh-tarikh tersebut hanya disambut setahun sekali tentunya agak sukar untuk mengingatinya berbanding dengan perkara rutin yang lain.

Namun begitu, Alhamdulillah.. seingat Saya ada banyak perkara rutin yang penting tidak pernah Saya lupakan misalnya membayar ansuran pinjaman perumahan :D

Kini segalanya sudah berubah. Terima kasih diatas kemajuan teknologi dan internet. Facebook dan telefon bimbit tentunya dapat membantu mengingati tarikh-tarikh penting dalam kehidupan. 

Sekarang kehidupan seorang lelaki menjadi lebih sukar jika tidak mengingati tarikh-tarikh penting dalam kehidupan kerana sudah tiada alasan lain yang agak logik untuk diberikan jika masih lagi terlupa...

















Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan