Sejak dari awal pagi tadi tercari-cari gambar yang dirasakan sesuai untuk diletakkan di Version 2.0 - Wordless Wednesday. Namun begitu tiada satu pun difikirkan sesuai. Oleh yang demikian, hari ini Saya memilih untuk menulis :D
Semalam, selepas selesai makan tengahari, sesi Cerita Kedai Kopi membincangkan mengenai tempat makan yang sedang hype disekitar bandaraya.
Tiba-tiba terpancul cerita mengenai Tutti Frutti daripada salah seorang daripada kami. Boleh dikatakan jenama ini adalah antara yang terpantas berkembang berdasarkan pembukaan cawangan-cawangan baru disekitar bandaraya.
Ditambah lagi sejak video muzik Cinta Muka Buku - Najwa Latif turut memaparkan babak-babak di Premis Tutti Frutti secara tidak langsung ia mempopularkan lagi jenama tersebut.
Apa yang pasti, bila sesuatu produk makanan itu dihasilkan, dipromosi dan dikaitkan dengan kesihatan, ramai yang tidak kisah membayar lebih untuk menikmatinya.
Err.. Secara peribadinya, Tutti Frutti bukan tempat yang boleh dikunjungi selalu untuk golongan yang poketnya tidak cukup tebal. Sekali sekala OK! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan