Kami sekeluarga sebenarnya masih lagi terkejut dengan pemergian Makcik. Kami diberitahu tentang berita sedih tersebut pada malam Jumaat yang lepas. Ketika itu kami masih lagi dalam perjalanan untuk pulang ke rumah setelah keluar untuk membawa Abah dan Emak berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Johor Bahru serta makan malam di luar.
Pemergiannya amat mengejutkan kerana pada malam sebelumnya, kami sempat berhubungan melalui Facebook dan ada berbincang mengenai aktiviti sempena cuti sekolah. Ternyata rancangan tersebut tidak dapat ditunaikan kerana Allah lebih menyayanginya..
Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Buat keluarga Pakcik, semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.
Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati. Maksud Firman Allah s.w.t: "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." (Surah Ali Imran ayat 185 )
Kematian itu pasti..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan