Penyakit biasa apabila sudah lama bercuti ialah kesukaran untuk mengembalikan semula rentak dan frekuensi penulisan.
Terasa begitu sukar untuk memulakan sesuatu penulisan walaupun ada banyak idea difikiran. Jadi Saya beranggapan dan membuat kesimpulan bahawa cuti yang agak panjang itu sesuatu yang tidak berapa bagus buat seorang blogger.
Untuk mengembalikan frekuensi penulisan ke tahap sediakala pula kadang-kadang memakan masa yang agak panjang.
Oleh yang demikian, melakukan sesuatu yang mampu memotivasikan diri perlu dilakukan.
Tetapi yang anehnya untuk melakukan perkara yang mampu memotivasikan diri, kita perlukan cuti!
"Paradox" sungguh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan