BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

31 Januari 2012

Skim SARA 1Malaysia

Apakah "Skim SARA 1Malaysia"?

Skim ini merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

*ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah AS 1Malaysia.


Apakah ciri-ciri istimewa Skim ini?

Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama 5 tahun. Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan AS 1Malaysia.


Apakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan untuk Skim ini?

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta.


Berapa ramaikah peserta yang akan mendapat manfaat dari Skim ini?

Skim ini mensasarkan penyertaan sebanyak 100,000 isi rumah secara 'permohonan awal didahulukan'.


Adakah had penyertaan untuk setiap isi rumah?

Ya, hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman. Dalam Skim ini, isi rumah merujuk kepada individu yang layak memohon dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500 - RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
  1. Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
  2. Ibu atau bapa tunggal - Pendapatan kasar individu

Bilakah Skim ini dilancarkan?

Skim ini dilancarkan pada 12 Januari 2012.

KRITERIA KELAYAKAN

Apakah kriteria-kriteria kelayakan untuk memohon dalam Skim ini?


a. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun;

b. Pemohon mesti mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah antara RM500 hingga RM3,000;

c. Pemohon tidak diisytiharkan muflis semasa memohon serta sepanjang tempoh penyertaan dalam skim;

d. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB iaitu "Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)", "ASB Sejahtera" dan "ASW2020-Bandar";

e. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000.


CARA-CARA MEMOHON

Bagaimanakah saya membuat permohonan untuk menyertai Skim ini?

Para pemohon yang berminat hendaklah mendapatkan borang permohonan di salah satu cawangan bank-bank terlibat mulai 30 Januari 2012**. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.

**Tertakluk kepada pindaan


Apakah bank-bank yang menyertai skim ini?

Empat bank iaitu Maybank, CIMB, RHB dan BSN.


Berapa lamakah tempoh permohonan?

Permohonan dibuka selama satu (1) tahun dari tarikh pelancaran skim atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan?

Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti berikut:

a. Kad pengenalan pemohon (2 salinan);
b. Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan);
c. Bukti pendapatan:

- 1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini
- 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini


Bagaimanakah saya tahu sama ada permohonan saya berjaya?

Para pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak bank.





Sumber - Soalan lazim Skim SARA 1Malaysia




















Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan