BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

21 Februari 2012

Proton Exora Bold - Pandu Uji Singkat

Semalam seperti biasa Saya dan rakan-rakan turun ke kafeteria di dalam bangunan tempat Saya bekerja untuk makan tengahari. 

Sebaik sahaja sampai di depan pintu masuk kafeteria ada sebuh MPV, Proton Exora Bold sedang menanti untuk dipandu uji.  Memang pada mulanya Saya tidak ambil kisah mengenainya kerana perut sudah terlalu lapar dan perlu diisi segera. Jadi selesaikan dahulu urusan yang sepatutnya.



Proton Exora Bold - Bahagian Hadapan


Selesai makan tengahari, jurujual Proton yang membawa kenderaan tersebut mempelawa salah seorang daripada kami untuk mencuba memandu uji kenderaan tesebut. Ternyata pelawaan itu disambut oleh salah seorang rakan kami. Memandangkan kenderaan itu cukup luas dan besar untuk memuatkan semua, kami mengambil keputusan untuk menyertai pandu uji tersebut sebagai penumpang.



Proton Exora Bold - Bahagian Dalaman



Saya memilih untuk duduk dibahagian penumpang dibelakang pemandu. Tanggapan pertama sebaik sahaja masuk ke ruang tersebut ialah kenderaan ini agak luas dan kemas! 

Namun begitu kami tidak berminat untuk menghayati keluasan MPV tersebut kerana itulah antara sebab utama kenapa ia dicipta.

Sebenarnya kami lebih teruja untuk menghayati kuasa pecutan yang mampu dijana oleh enjin terbaharu keluaran Proton yang berkuasa Turbo atau lebih dikenali sebagai Campro Charged Fuel Efficiency (CFE) dengan kapasiti penuh penumpang. 



Proton Exora Bold - Pandangan Belakang



Setelah mengalaminya sendiri, Saya amat yakin dengan kuasa enjin yang baharu ini. Walaupun hanya sebagai penumpang memang terasa kuasa pecutannya. Ditambah lagi dengan transmisi CVT, memang membantu kelancaran kuasanya. Tahniah Proton!

Secara peribadinya Saya agak menyukai karakter MPV ini tetapi untuk memiliki kenderaan seperti ini bukan menjadi keutamaan buat masa sekarang. Namun begitu, bagi yang sedang mencari sebuah MPV berharga dibawah RM100k, pastikan Proton Exora Bold termasuk didalam senarai yang perlu dipandu uji dan dipertimbangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan