Apabila keadaan cuaca menjadi tidak menentu, perlumba yang tidak diberikan harapan tiba-tiba mampu menyerlah.
Perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Sepang kali ini memihak kepada pasukan yang menggunakan enjin Ferrari. Dimulakan dengan cuaca yang kurang baik, Fernando Alonso akhirnya berjaya memenangi perlumbaan di Litar Sepang.
Perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Sepang kali ini memihak kepada pasukan yang menggunakan enjin Ferrari. Dimulakan dengan cuaca yang kurang baik, Fernando Alonso akhirnya berjaya memenangi perlumbaan di Litar Sepang.
Photo Kredit Getty Images
Fernando Alonso dan Sergio Perez, pemandu yang menduduki tempat ke 8 dan ke 9 pada pusingan kelayakan semalam telah mendapat tempat pertama dan kedua. Manakala Lewis Hamilton melangkapkan kedudukan podium di tempat ke 3. Malang buat Lewis Hamilton walaupun sudah 2 kali mencatat "Pole Position" di Albert Park dan Sepang, namun masih belum menterjemahkannya kepada kejuaraan.
Walaupun Fernando Alonso memenangi perlumbaan di Litar Sepang, tumpuan tentunya terarah kepada Sergio Perez. Pelumba muda dari Mexico ini telah memandu dengan sangat konsisten dan hampir memintas Fernando Alonso dibeberapa pusingan sebelum perlumbaan berakhir. Pun begitu faktor pengalaman serta tahap tumpuan yang tinggi telah membezakan antara keduanya.
Kejayaan di Sepang ini adalah kemenangan ke 28 disepanjang kerjaya Fernando Alonso sebagai pelumba Formula 1 (F1). Benar seperti kata kebanyakkan penganalisis sukan Formula (F1) bahawa tahun ini semua pasukan berpeluang untuk melakukan kejutan.
Sedikit saguhati buat rakyat Malaysia apabila Kimi Raikkonen berjaya membawa Pasukan Lotus menduduki tempat ke 5. Kalaulah Micheal Schumacher tidak dilanggar dari belakang oleh Romain Grosjean pada awal perlumbaan tentu akan ada pasukan yang membawa nama Malaysia di podium!
Hujung minggu yang cemerlang buat pasukan yang menggunakan enjin Ferrari!
Hujung minggu yang cemerlang buat pasukan yang menggunakan enjin Ferrari!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan