BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

16 April 2012

Aktiviti Hujung Minggu #3 - PC Fair

Semalam kami sekeluarga meluangkan masa untu ke PC Fair 2012 yang diadakan di Persada Johor International Convention Center.


Memandangkan ada beberapa peralatan kecil yang ingin dicari bagus juga untuk ke acara sebegini  sambil melihat-lihat barangan berkaitan dengan I.T terkini yang mungkin ada dipamerkan. 

Kami tiba di sana sekitar jam 3 petang. Walaupun sudah petang pengunjung masih lagi agak ramai keluar dan masuk ke dewan pameran. Memang suasana biasa setiap kali PC Fair berlangsung, cuma tidak sepadat seperti di PWTC

Sejurus memasuki dewan, mata dan fikiran sudah mulai fokus dengan apa yang hendak dibeli. Sambil itu melihat-lihat disekeliling serta mengingati lokasi "booth" yang menawarkan harga yang terbaik. Selepas membuat sepusingan lengkap, proses pembelian pun dimulakan.


Sebenarnya tujuan saya ke sana ialah untuk membeli seunit mouse untuk PC yang digunakan Nurin Amani serta kad memori Micro SD untuk smartphone. Manakala jika ada harga yang menarik ditawarkan untuk thumbdrive berkemungkinan juga saya akan membelinya. 


Alhamdulillah kesemua barangan yang dihajati dan dicari menepati belanjawan yang telah ditetapkan dari awal. Jadi tidaklah kami pulang dengan tangan kosong! Kepada para pencari gadget serta perlatan berkaitan dengan I.T, kunjungan ke PC Fair pastinya berbaloi.

Khas buat mereka yang tinggal di Kelantan, Melaka, Terengganu, Sabah dan Perak, PC Fair akan berlangsung tidak lama lagi.  Jadi jangan lepaskan peluang untuk menghadirinya.


Yang pastinya pergi ke acara sebegini dengan membawa anak-anak yang masih kecil sememangnya tidak digalakkan kerana ia terlalu sesak dengan pengunjung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan