BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

15 April 2012

F1 - Nico Rosberg Menang Di China!

Nico Rosberg telah membuktikan bahawa jentera Mercedes AMG Petronas F1 yang dipandunya memang cukup kompetetif untuk menjuarai Chinese Grand Prix 2012

Jentera Mercedes AMG Petronas F1 memang sudah menunjukkan potensi sebagai pencabar sejak ujian pra musim tempohari. Cuma pada 2 perlumbaan awal ia agak kurang menyerlah serta nasib yang tidak menyebelahi pelumba pasukan itu pada perlumbaan.



Walaupun Nico Rosberg telah menjuarai perlumbaan ini, nasib masih lagi tidak menyebelahi seorang lagi pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas F1 iaitu Michael Schumacher kerana terpaksa bersara dari perlumbaan akibat masalah teknikal pada tayar hadapannya dipercayai akibat skru pengikat tayar yang longgar!

Nampaknya Michael Schumacher masih belum lagi bernasib baik. Kemalangan serta isu teknikal masih lagi membelengu dirinya. Pihak pasukan perlu memandang serius insiden yang melibatkan masalah teknikal kerana ia tentunya akan melemahkan moral pelumba.

Pun begitu ini adalah kemenangan pertama pasukan sejak PETRONAS menjadi penaja. Tentunya kejayaan ini mengembirakan seluruh rakyat Malaysia.  Tahniah! Semoga pasukan ini lebih cemerlang di perlumbaan akan datang.








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan