Tengahari tadi isteri saya terperasan satu status di Facebook mengenai bapa saudara saya. Menurut status yang ditulis oleh anaknya, abahnya patah kaki! Ingatkan April Fool tetapi setelah isteri membalas status dan menerima penjelasan, baharulah sah ia bukan lawak!
Jadi petang itu saya sekeluarga mengambil keputusan untuk melawat bapa saudara saya.
Jadi petang itu saya sekeluarga mengambil keputusan untuk melawat bapa saudara saya.
Bila sudah sampai ke rumahnya, baharulah tahu akan cerita sebenarnya. Rupa-rupanya beliau kemalangan motorsikal 2 hari yang lalu ketika pulang dari menghantar anaknya ke sekolah. Ingatkan tiada apa yang berlaku, tetapi bila melihatkan bengkak di tepi lututnya tidak beransur surut baharulah beliau mulai risau.
Jadi pagi ini beliau ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk melakukan pemeriksaan. Melalui keputusan x-ray yang dilakukan doktor yang bertugas mengesahkan bahawa ada tulang yang patah! Yang anehnya sejak 2 hari yang lalu beliau memang tidak terasa langsung sakit dibahagian tersebut kecuali ketika mahu bersujud ketika solat.
Tiba-tiba saya teringat cerita lama [Link]. Lebih kurang seperti cerita mengenai bapa saudara saya sahaja. Cuma dalam kes saya ini tempoh masanya lebih lama!
Apa pun nasihat saya jika terlibat dalam kemalangan segeralah ke hospital untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan sewajarnya. Jangan ditangguh-tangguh. Kecederaan patah atau retak tulang ni kadang kala tidak terasa sakitnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan