BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 April 2012

Selamat Menyambut Hari Pekerja!

Rasanya ramai yang mengambil cuti hari ini. Di kafeteria bangunan tempat saya bekerja suasanya agak lengang! Tidak seperti selalu apabila jam menunjukkan pukul 1 tengahari berduyun-duyun yang datang untuk makan tengahari.

Hari ini memang berbeza. Semuanya tenang. Perjalanan ke tempat kerja pun agak lancar walaupun pagi tadi hujan.  


Hari ini juga adalah hari terakhir bagi penyerahan Borang Nyata Cukai Pendapatan Taksiran 2011 (BE) melalui keadah e-Filing dan konvensional. Mungkin ramai yang bercuti untuk menyelesaikan urusan tersebut. Maklumlah banyak kira-kira yang harus dibuat dan tentunya sehingga hari terakhir pun masih belum benar-benar yakin tentang angka yang diletakkan! :D

Bagi yang masih lagi belum menyelesaikan tanggung jawab tersebut, masih sempat lagi untuk berbuat demikian. Bila semua urusan yang penting telah diselesaikan, baharulah seronok untuk menikmati hari cuti esok.

Kepada semua warga pekerja, saya ucapkan "Selamat Menyambut Hari Pekerja".






Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan