BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 Mei 2012

Samsung Galaxy SIII (S3) - RM2199


Samsung Galaxy SIII (S3) - RM2199

Samsung Galaxy SIII (S3) [Link] bakal dijual secara rasminya di pasaran tempatan pada 31 Mei 2012. Ditawarkan kepada pengguna di negara ini pada harga RM2199.

3 buah syarikat telekomunikasi utama tempatan iaitu Celcom, Maxis dan Digi telah sedia menerima tempahan awal bagi pengguna yang ingin mendapatkannya pada 31 Mei 2012. Selain itu ketiga-tiga syarikat telekomunikasi utama ini juga menawarkan pakej-pakej yang menarik bagi pengguna yang berhajat untuk memiliki Samsung Galaxy SIII (S3) [Link] .

Bila melihat jadual promosi serta "roadshow" yang bakal diadakan oleh ke tiga-tiga syarikat telekomunikasi utama bermula pada 31 Mei 2012 ini, ternyata ianya dilihat sebagai kempen yang  agresif serta berskala besar-besaran. Nampaknya Samsung benar-benar serius mempromosi gadget terbaharunya!













Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan