BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

25 Jun 2012

F1 - Michael Schumacher Kembali Ke Podium!

Perlumbaan Formula 1 (F1) pusingan ke 8 European Grand Prix 2012 yang berlangsung pada 24 Jun 2012 di Velencia Street Circuit, Sepanyol telah menobatkan Fernando Alonso [Link] sebagai pemenangnya. 



Apa yang lebih istimewa kejayaan ini diraih di negaranya sendiri dan beliau juga mencatat sejarah sebagai pelumba pertama yang memenangi 2 perlumbaan dalam musim 2012!  

Dengan kemenangan ini sekaligus merampas semula kedudukan pertama dalam senarai keseluruhan Formula 1 (F1) untuk musim 2012 selepas 8 perlumbaan. Kali ini Fernando Alonso mendahului pungutan mata dengan agak selesa iaitu berkelebihan 20 mata berbanding pelumba di tempat kedua, Mark Webber.

Namun begitu, pelumba yang paling mencuri tumpuan pada perlumbaan kali ini tentunya Michael Schumacher. Kalau sebelum ini beliau sentiasa diselubungi nasib malang, pada perlumbaan di Velencia Street Circuit nasib telah menyebelahinya. Belaiu telah berjaya menamatkan perlumbaan ditempat ke 3 dibelakang  Kimi Raikkonen.

Bila diamati betul-betul, para pemenang perlumbaan di European Grand Prix 2012 kali ini merupakan  kesemuanya bekas-bekas juara Formula 1 (F1). Minggu yang cemerlang buat pasukan Ferrari, Lotus dan Mercedes!


Berikut adalah keputusanpenuh perlumbaan European Grand Prix 2012:

1. Fernando Alonso  Ferrari-Ferrari 1hr 44m 16.449s
2. Kimi Raikkonen  Lotus-Renault +0m 06.4s
3. Michael Schumacher  Mercedes-Mercedes +0m 12.6s
4. Mark Webber  Red Bull-Renault +0m 13.6s
5. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes +0m 19.9s
6. Nico Rosberg  Mercedes-Mercedes +0m 21.1s
7. Paul di Resta  Force India-Mercedes +0m 22.8s
8. Jenson Button  McLaren-Mercedes +0m 24.6s
9. Sergio Perez  Sauber-Ferrari +0m 27.7s
10. Pastor Maldonado  Williams-Renault +0m 34.6s

11. Bruno Senna  Williams-Renault +0m 35.9s
12. Daniel Ricciardo  Toro Rosso-Ferrari +0m 37.0s
13. Vitaly Petrov  Caterham-Renault +1m 15.8s
14. Heikki Kovalainen Caterham-Renault +1m 34.6s
15. Charles Pic  Marussia -Cosworth +1m 36.5s
16. Felipe Massa Ferrari-Ferrari +1 lap
17. Pedro de la Rosa  HRT-Cosworth +1 lap
18. Narain Karthikeyan  HRT-Cosworth +1 lap
19. Lewis Hamilton  McLaren-Mercedes +2 laps

Rtd. Romain Grosjean  Lotus-Renault
Rtd. Sebastian Vettel  Red Bull-Renault
Rtd. Kamui Kobayashi  Sauber-Ferrari
Rtd. Jean-Eric Vergne  Toro Rosso-Ferrari

Dns. Timo Glock  Marussia -Cosworth


Fastest lap:

Nico Rosberg  Mercedes-Mercedes 1m 42.163s lap 54



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Mdanif.com dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:




Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan