Akhirnya spekulasi mengenai sistem pengoperasian Windows 8 [Link] serta tablet pertama dari Microsoft yang bakal memasuki pasaran terjawab. Semalam secara rasminya ianya diperkenalkan kepada umum. Tablet pertama keluaran Microsoft ini dikenali sebagai Surface.
[Link]
Terdapat 2 versi tablet yang akan dijual iaitu Suface Windows 8 RT dan Surface Windows 8 Pro. Surface Windows 8 RT adalah tablet yang menggunakan CPU
ARM daripada NVidia manakala Surface Windows 8 Pro adalah tablet yang
menggunakan CPU Ivy Bridge (i5) daripada Intel.Berikut adalah spesikasi umum Surface:
OS | Windows 8 RT | Windows 8 PRO |
Berat | 676gram | 903gram |
Ketebalan | 9.3mm | 13.5mm |
Paparan | 10.6" Clear Type HD Display | 10.6" Clear Type Full HD Display |
Kelengkapan sambungan | microSD, USB 2.0, Micro HD Video, 2x2 Antena MIMO | microSD, USB 3.0, Mini Display Port Video, 2x2 Antena MIMO |
Produktivi | Office Home & Student 2013 RT, Touch Cover, Type Cover | Touch Cover, Type Cover, Pen berserta Palm Block |
Varian | 32GB, 64GB | 64GB, 128GB |
Harga bagi tablet Surface masih belum diumumkan, namun begitu dipercayai bagi varian RT harganya adalah setara dengan tablet lain yang sudah berada dipasaran manakala bagi varian PRO berkemungkinan besar harganya adalah setanding dengan harga Ultra Notebook.
Secara peribadinya saya melihat ini adalah langkah besar yang diambil oleh Microsoft untuk bersaing secara langsung dengan Apple [Link] di pasaran tablet. Disamping menawarkan tablet untuk kegunaan umum, Microsoft juga menawarkan penyelesaian professional iaitu segemen yang belum dapat diterokai spenuhnya oleh pengeluar yang lain. Tentunya Microsoft menggunakan kekuatan aplikasi produktiviti yang dimilikinya iaitu Microsoft Office untuk menjana sinergi dalam segmen tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan