BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

01 Julai 2012

Instagram Mengalami Gangguan Perkhidmatan

Sebaik sahaja mengemaskini aplikasi Instagram [Link] semalam, saya dapati aplikasi tersebut tidak dapat berfungsi sepenuhnya seperti biasa. 

Walaupun terasa kelancaran aplikasi tersebut selepas dikemaskini, kegagalan untuk memuat naik gambar-gambar yang diambil adalah amat mengecewakan. Mungkinkan ia berpunca daripada kemaskini aplikasi Instagram yang terbaharu [Link]? Segera mencari maklumat dan kepastian mengenainya.


Rupa-rupanya bencana ribut yang melanda wilayah Virginia di Amerika Syarikat telah menyebabkan gangguan yang teruk terhadap perkhidmatan Instagram. Bukan sahaja Instagram malah beberapa perkhidmatan yang lain daripada Pinterest, Netflix dan Amazon Web Services juga telah terjejas.

Bagi peminat Instagram bersabarlah. Pihak jurutera Instagram sedang berusaha sebaik mungkin memulihkan perkhidmatan mereka secara berperingkat.





Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Mdanif.com dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:




Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan