Apabila kita membuat sesuatu pembayaran atas perkhidmatan atau barangan yang telah dibeli, selalunya amat jarang sekali kita bercerita. Kalau bercerita pun biasanya setelah ditanya atau terdapat situasi yang lebih kurang sama terjadi pada kenalan lain.
Saya Dapat Lagi Murah!
Setelah bercerita, tentu akan ada komen-komen yang diberikan oleh pihak yang mendengar tentang harga yang telah kita bayar. Pelbagai pendapat diberikan. Yang paling popular tentunya ada yang mendakwa boleh mendapat harga yang lebih murah dari apa yang telah kita bayar.
Pihak yang sentiasa mendakwa mendapat harga yang lebih murah ini mungkin menganggap mereka ini istimewa dan lebih bijak berbanding orang lain. Malah memandang sinis pihak yang terpaksa membayar pada harga yang lebih tinggi.
Kena Ajar Sikit..
Selalunya untuk mematikan cakap-cakap mereka ini, pendekatan yang berhemah yang saya gunakan ialah meminta mereka mendapatkan perkhidmatan atau membelikan barangan tersebut pada harga yang didakwa murah itu.
Kalau macam-macamlah alasan yang diberikan, mereka itu tidaklah sehebat mana. Cakap sahaja yang lebih!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan