BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

02 Julai 2012

UEFA Euro 2012 - Spain Juara!

Euro 2012 telahpun melabuhkan tirainya. Pasukan Sepanyol telah sah dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan Itali dengan jaringan 4 - 0.

Disamping itu sejarah baharu juga tercipta. Pasukan Sepanyol merupakan pasukan yang pertama berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2008 dan menjadi pasukan pertama yang memenangi 3 kejohanan bersar berturut-turut!






Sebaik sahaja kejohanan bola sepak ini bermula pada awal bulan Jun yang lepas, sedikit sebanyak telah menjejaskan produktiviti [Link] kebanyakkan warga pekerja di negara ini. Maklumlah semua perlawanan berlangsung ketika sepatutnya kita tidur!

Kini semuanya sudah selesai. Seharusnya rutin kehidupan sudah boleh kembali normal. Kita semua boleh menumpukan semula segala usaha dan tenaga kepada pekerjaan serta aspek kehidupan yang lain yang telah terjejas sebelum ini. 

Pun begitu cabaran bagi peminat bola sepak tentunya bakal diuji lagi kerana Sukan Olimpik London 2012 yang bakal tiba pada penghujung bulan nanti. Seperti yang diketahui umum, bola sepak tersenarai sebagai salah satu acara dalam temasya sukan tersebut. Istimewa kali ini ialah kemunculan Pasukan Great Britain (GB) dalam acara bola sepak. Tentunya ramai kaki bola yang ternanti-nanti pasukan Great Britain beraksi buat pertama kalinya.

Hmmm.. Nampaknya wabak bola hanya reda buat seketika!

Tiada ulasan:

Catat Komen