BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

11 Ogos 2012

4 x 100m Wanita - Rekod Berusia 27 Tahun Berjaya Dipecahkan

Rekod kejohanan dan rekod dunia bagi acara 4 x 100 meter Wanita yang telah berusia 27 tahun akhirnya berjaya dipecahkan oleh kuartet Amerika Syarikat seterusnya memenagi emas untuk acara tersebut.


Kuartet Amerika Syarikat yang dianggotai oleh Tianna Madison, pemenang pingat emas acara 200 meter Allyson Felix, Bianca Knight dan pemenang pingat perak acara 100 meter Camelita Jeter bermula cemerlang untuk menewaskan musuh tradisi mereka kuartet Jamaica.


Rekod dunia baharu yang dicipta itu adalah 0.55 saat lebih baik berbanding rekod lama yang telah dicipta oleh kuartet Jerman Timur 27 tahun yang lalu.



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan