BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

12 Ogos 2012

4 x 100m Lelaki - Kuartet Jamaica Memecahkan Rekod Dunia!

Kalau semalam kuartet wanita Amerika Syarikat [Link] berbangga kerana berjaya memecahkan rekod dunia berusia 27 tahun, kini tiba giliran kuartet lelaki Jamaica memberikan respon.  Pada perlumbaan akhir acara 4 x 100 meter lelaki, kuartet Jamaica berjaya memecahkan rekod dunia dengan kepantasan 36.84 saat.

Lebih manis lagi kejayaan tersebut dilakuakn dengan menumpaskan musuh ketat mereka iaitu kuartet Amerika Syarikat.



Kuartet yang dianggotai oleh Nesta Carter, Michael Frater, Yohan Blake dan Usain Bolt [Link] ini berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh mereka sendiri iaitu 37.04 saat yang dicipta pada Kejohanan Dunia di Deagu, Korea Selatan pada tahun 2011.



Malang bagi kuartet Kanada, walaupun berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Kejayaan itu tidak kekal lama setelah ia dibatalkan oleh pegawai kejohanan. Tempat ketiga diisi oleh kuartet Trinidad dan Tobago.



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan