Semalam saya pergi ke kedai gunting. Memang sudah sampai masanya untuk menggunting rambut yang sudah agak panjang. Lagipun Hari Raya bakal disambut beberapa hari lagi. Tentunya saya mahu kelihatan kemas pada hari yang mulia.
Semasa sedang mengunting rambut, saya diberitahu oleh pakcik tukang gunting bahawa rambut saya sudah mulai beruban.
Tanpa berlengah saya terus menyatakan bahawa apabila usia sudah hampir memasuki usia 40an, ini adalah antara tanda-tandanya. Tiada apa nak dihairankan.
Bertambah terkejut pakcik tukang gunting kerana beliau tidak menyangka usia saya sebegitu. Katanya lagi, tak nampak macam nak masuk 40an! OK, bahagian itu buat saya senyum!

Bila Rambut Mulai Beruban
Realitinya selaras dengan peningkatan umur, uban itu adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri supaya mengambil langkah-langkah sewajarnya. Menambah mana yang belum cukup, meninggalkan yang tidak elok serta berhijrah kepada keadaan yang lebih baik. Kalau boleh tidak mahu terperangkap dalam zon selesa [Link]. Insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan