Sempena Bajet 2013 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 28 September 2012 jam 4:00 petang.
Sebagai rakyat di negara yang bertuah ini, saya tentunya mengharapkan akan adanya sesuatu yang istimewa bakal diumumkan.
Toyota Prius 2012
Saya sebenarnya lebih teruja jika kerajaan melaksanakan program melupuskan
kenderaan berusia lebih 15 tahun. Rakyat yang memilih menyertai program ini bakal mendapat insentif atau
geran untuk membeli kenderaan hybrid atau elektrik pada harga istimewa.
Namun begitu langkah ini harus dikawal dan hanya dibolehkan sekali sahaja dalam tempoh
masa tertentu i.e 10 tahun atau tempoh yang difikirkan munasabah oleh
kerajaan. Tentunya kita juga tidak mahu sistem ini dimanipulasikan oleh pihak tertentu.
Saya berpendapat ini adalah langkah yang baik bagi menggalakan
penggunaan kenderaan yang lebih mesra alam dan menggunakan bahan api dengan lebih efisien. Seterusnya membantu mengurangkan kesan pencemaran didalam negara.
Selain daripada itu melalui program ini, satu industri baharu
berkaitan kitar semula berskala besar boleh dimulakan dan seterusnya bakal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat.
Industri pembuatan kenderaan juga bakal mendapat manfaat secara langsung jika program melupuskan
kenderaan dapat dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan