BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

09 November 2012

Yey! Ferrari Shell Datang Lagi!

Shell Logo
Promosi Ferrari dan Shell datang lagi. Kali ini model-model ekslusif Ferrari dari LEGO ditawarkan kepada pelanggan. Sebanyak 6 model ekslusif LEGO ditawarkan kepada pelanggan. Promosi bermula pada 8 November 2012. Fasa pertama 8 - 29 November manakala fasa kedua bermula pada 29 November.

Pelanggan cuma perlu mengisi minyak Shell V-Power Racing atau Shell V-Power 97 sebanyak RM40 dan layak untuk membeli model LEGO tersebut pada harga 10.90. Manakala bagi produk lain Shell, dengan pembelian sebanyak RM40 pelanggan layak untuk membeli model LEGO tersebut pada harga RM12.90.

Ferrari LEGO

Selain daripada itu pelanggan juga berpeluang mendapatkan model LEGO ini secara percuma dengan pembelian minyak pelincir Shell Helix Ultra.

Sila rujuk jadual promosi dibawah untuk penerangan lebih lanjut.

Product Purchase of Mechanics
Shell V-Power Racing or Shell V-Power 97 Every RM40 Buy 1 LEGO®model OR LEGO® Minifigures set at RM10.90
Other Shell Products (excluding Select/Kedai) Every RM40 Buy 1 LEGO®model at RM12.90
Helix Ultra/HX7/HX7E/HX7 Diesel (4L) Per pack Buy 1 Ferrari 150° Italia at RM12.90 and get a FREE LEGO® Minifigures set
Helix HX5 (4L/3L) Per pack Buy 1 Ferrari 150° Italia at RM12.90

Model-model yang ditawarkan:

PHASE 1 (From 8 Nov onwards) PHASE 2 (From 29 Nov onwards)
Ferrari 150° Italia Scderia Ferrari Truck
Ferrari 458 ITALIA Ferrari FXX
Ferrari 250 GT Berlinetta Ferrari F40
LEGO® Minifigures set

Peluang yang tidak harus dilepaskan bagi peminat-peminat serta pengumpul model Ferrari. Buat pelanggan Shell, jangan lupa menggunakan kad Bonuslink dengan setiap pembelian untuk mengumpul mata. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari halaman web rasmi Shell Malaysia [Link].

 
Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan