Masih ada beberapa lagi klip video yang belum sempat disunting menyebabkan siri cerita mengenai Masa Untuk Berjalan-jalan Makan Angin - Beijing [Link] tertangguh. Masih ada 2 lagi bahagian terakhir yang perlu dilengkapkan.
Walaupun sudah 2 bulan saya pulang ke tanah air, cerita tersebut masih segar dalam ingatan dan ditambah lagi dengan bantuan puluhan gambar-gambar dan video yang diambil semasa di sana.
Walaupun sudah 2 bulan saya pulang ke tanah air, cerita tersebut masih segar dalam ingatan dan ditambah lagi dengan bantuan puluhan gambar-gambar dan video yang diambil semasa di sana.
The World's Longest Corridor - Summer Place - Beijing |
Disebabkan kesibukan tugas, saya hanya mampu mengemaskini blog ini dengan seringkas yang mungkin. Kesibukkan tugas hakiki di pejabat telah mencapai tahap kemuncaknya. Diwaktu inilah pasukan audit luaran mula menerjah pejabat. Maklumlah tahun 2012 bakal melabuhkan tirai, akaun syarikat perlu ditutup dan diaudit sepenuhnya.
Apa pun saya akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan segala kerja-kerja penyuntingan video dan penulisan yang tertangguh sebelum hujung tahun ini. Diharap jika ada sedikit masa yang terluang dapatlah saya mengoptimumkannya untuk tujuan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan