BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

16 Disember 2012

Kalau Mahu Makan Kena Pulas Dahulu! #2

Buah Pulasan Ranum Di Pokok
Pohon pulasan yang berada di kebun belakang rumah Abah di kampung memang tidak pernah mengecewakan. Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya ia berbuah lebat.

Seronok bila Abah memberitahu bahawa menjelang minggu hadapan (minggu ini) buah pulasan itu akan cukup ranum untuk dipetik. 

Buah Pulasan - Hasil Tuaian Sebelum Hujan


Bila tiba musim buah-buahan, tentunya yang paling seronok ialah cucu-cucu Abah. Maklumlah cucu-cucu yang membesar di bandar memang perlu didedahkan dengan aktiviti sebegini. Pengalaman memetik dan makan buaha-buahan segar dari kebun memang aktiviti menyeronokkan bagi mereka. Malah sudah menjadi acara wajib tahunan bagi kami sekeluarga [Link].


Buah Pulasan - Hasil Segar Dari Kebun Abah

Cuma hujan menjadi penghalang kami untuk memetik lebih banyak pulasan dan rambutan dari kebun Abah. Kalau diikutkan hati memang mahu sahaja memanjat pokok-pokok tersebut tetapi memanjat pokok ketika hujan adalah perkara merbahaya. Maklumlah batang dan dahan pokok menjadi amat licin dan tidak selamat untuk dipijak. Silap pertimbangan boleh berlaku kemalangan.




Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan