BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

15 April 2013

F1 - Mark Webber - Ada Sahaja Yang Tidak Kena!


Ada sahaja yang tidak kena dengannya sejak perlumbaan ke 2 di Litar Antarabangsa Sepang [Link] tempohari. Pada perlumbaan ke 3 di Shanghai, Mark Webber sekali lagi ditimpa malang. 

Bermula dengan episod dimana beliau terpaksa memulakan perlumbaan dari Pit Lane akibat daripada kehabisan minyak ketika pusingan kelayakkan. Selepas itu beliau terlibat pula dengan kemalangan dengan pelumba dari pasukan Toro Rosso iaitu Jean-Eric Vergne.


Red Bull Mark Webber loses his wheel - Chinese GP 2013
Red Bull Mark Webber loses his wheel - Chinese GP 2013


Akhirnya terpaksa melupakan perlumbaan pada Chinese Grand Prix 2013 kerana tayar belakang jentera Red Bull yang dipandunya tercabut!

Nampaknya kombinasi kesilapan teknikal dan taktikal pasukan serta pemanduan menyumbang kepada situasi yang serba tidak kena pada Mark Webber. Akibat daripada kemalangan dengan pelumba Toro Rosso, Mark Webber bakal dikenakan penalti 3 kedudukan grid pada perlumbaan akan datang yang bakal berlangsung di Bahrain.



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan