BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

24 Mac 2013

F1 - Sebastian Vettel Menang Di Malaysian GP 2013

Sebastian Vettel Wins Malaysian GP 2013
Sebastian Vettel [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Malaysian Grand Prix 2013. Dengan kemenangan ini, Sebastian Vettel mengesahkan statusnya sebagai pelumba terpantas pada sesi kelayakkan sehari sebelumnya. 

Namun begitu wujud sedikit ketegangan di kem pasukan Red Bull dan Mercedes AMG Petronas apabila kemenangan Sebastian Vettel dan tindakan  Nico Rosberg  yang mencabar Lewis Hamilton [Link] untuk kedudukan tempat ketiga dilihat sebagai mengingkari arahan pasukan (Team Orders) [Link].


Mark Webber declined to accept Sebastian Vettel's apology following the driver press conference © Sutton Images
Mark Webber declined to accept Sebastian Vettel's apology
following the driver press conference © Sutton Images


Apa pun keputusannya, penonton melihat aksi tersebut sebagai menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pelumba daripada pasukan yang sama. Skrip perlumbaan yang dikawal oleh arahan pasukan adakalanya amat membosankan lebih-lebih lagi pada awal musim perlumbaan.

Buat pasukan Red Bull dan Mercedes AMG Petronas ini adalah minggu yang cemerlang buat mereka. Manakala buat Sebastian Vettel dan Nico Rosberg [Link], banyak yang perlu dijelaskan oleh kedua-dua pelumba ini kepada pasukan mereka tentang tindakan mereka yang mampu menjejaskan peluang kemenangan buat pasukan! Selain itu, insiden Lewis Hamilton tersilap berhenti [Link] di hentian pit pasukan McLaren juga perlu dijelaskan! :D

Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Malaysian Grand Prix 2013:

1. Sebastian Vettel  Red Bull-Renault 1hr 38m 56.681s
2. Mark Webber Red Bull-Renault +00m 04.2s
3. Lewis Hamilton  Mercedes-Mercedes +00m 12.1s
4. Nico Rosberg  Mercedes-Mercedes +00m 12.6s
5. Felipe Massa  Ferrari-Ferrari +00m 25.6s
6. Romain Grosjean  Lotus-Renault +00m 35.5s
7. Kimi Raikkonen Lotus-Renault +00m 48.4s
8. Nico Hulkenberg  Sauber-Ferrari +00m 53.0s
9. Sergio Perez  McLaren-Mercedes +00m 72.3s
10. Jean-Eric Vergne  Toro Rosso-Ferrari +00m 87.1s

11. Valtteri Bottas  Williams-Renault +00m 88.6s
12. Esteban Gutierrez  Sauber-Ferrari +1 lap
13. Jules Bianchi  Marussia-Cosworth +1 lap
14. Charles Pic  Caterham-Renault +1 lap
15. Giedo van der Garde  Caterham-Renault +1 lap
16. Max Chilton  Marussia-Cosworth +2 laps
17. Jenson Button  McLaren-Mercedes +3 laps
18. Daniel Ricciardo  Toro Rosso-Ferrari +5 laps

Rtd Pastor Maldonado  Williams-Renault 45 laps
Rtd. Adrian Sutil  Force India-Mercedes 27 laps
Rtd. Paul di Resta  Force India-Mercedes 22 laps
Rtd. Fernando Alonso  Ferrari-Ferrari 1 lap


Fastest lap:

Sergio Perez  McLaren-Mercedes 1m 39.199s lap 56


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan