Perkara yang paling ditakuti oleh pemilik Modenas Jaguh 175 telahpun berlaku. Akhirnya unit Regulator Voltage Ractifier telah disahkan mengalami kerosakkan.
Seperti yang diceritakan dan dikongsikan oleh pemilik Modenas Jaguh 175 di forum Malaysian Bikers Community [Link], simptom serta tanda-tanda yang diberitahu itu memang benar-benar terjadi.
Enjin Mati Ketika Menunggang!
Dalam kes saya ianya bermula dengan kesukaran untuk memulakan perjalanan terutamanya diwaktu pagi. Kemudian menjadi lebih teruk apabila enjin mati secara tiba-tiba ketika sedang menunggang dan kemuncak kepada permasalahan ialah apabila unit bateri [Link] mengalami kerosakkan kekal dipercayai akibat terlebih arus elektrik!
Modenas Jaguh - Regulator Voltage Ractifier [Link] |
Pengalaman Pertama Ractifier Rosak!
Memandangkan ini adalah pengalaman pertama, saya tidak mengendahkan sangat simptom serta tanda-tanda yang telahpun ditunjukkan. Sehinggalah apabila unit bateri mengalami kerosakkan baharulah saya sedar bahawa inilah kerosakkan yang selalu diceritakan pemilik Modenas Jaguh 175.
Boleh Tahan Mahal Harganya
Kos untuk pembaikan lebih kurang RM230 iaitu penggantian unit Regulator Voltage Ractifier dan seunit bateri baharu. Apa pun pengalaman ini sememangnya menambahkan lagi kefahaman serta sedikit ilmu tentang motorsikal yang saya miliki. Nasihat saya, jika sudah ada tanda-tanda yang dimaksudkan itu, segeralah bertindak untuk mengelakkan kos pembaikan yang lebih tinggi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan