Walaupun lokasi Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) berdekatan dengan kediaman, saya tidak selalu singgah. Kebetulan pada hari Khamis yang lepas saya tidak bekerja, jadi saya sekeluarga mengambil kesempatan itu untuk berkunjung ke bazar ramadan.
Rambang mata setiap kali be bazar ramadan. Semuanya nampak menarik dan
sedap! Namun begitu misi serta rancangan perlu sentiasa dipastikan pada
landasan yang betul. Kalau tidak tentu terbeli lebih! Antara juadah yang
menjadi buruan kami setiap kali ke bazar ramadan adalah mee rebus, nasi kerabu, kuih tako dan tidak ketinggalan leher ayam goreng!
Setiap kali ke bazar ramadan, pemerhatian saya tentunya tertumpu kepada harga
juadah yang dijual. Boleh dikatakan secara umumnya harga masih lagi
seperti pada tahun lepas. Masih lagi berada pada tahap yang munasabah.
Cuma kali ini saya agak tertarik dengan penjual mee rebus yang menurunkan harga! Kalau tahun lepas ianya dijual pada harga RM3.50, sekarang harganya RM3.00. Yang penting saiz hidangan dan isi kandungannya masih lagi sama.
Turun harga itu bagus, disaat semua barangan dan perkhidmatan naik harga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan