Hampir seminggu juga motorsikal itu tersadai dihadapan rumah. Sebaik sahaja luka dilutut kering [Link], rasanya inilah masa yang sesuai untuk melihat keadaannya secara lebih teliti.
![]() |
Pemijak Kaki Baharu! |
Jangkaan awal berkemungkinan "fork" serta rim hadapan mengalami kerosakkan. Alhamdulillah setelah diperiksa, tiada kerosakkan yang serius. Cuma "footrest" sebelah kiri serta kedua-dua cermin pandang belakang perlu diganti baharu.
Kemek dibahagian tangki serta sedikit calar di ekzos terpaksa dibiarkan dahulu. Bagus sebagai tanda untuk mengingatkan diri supaya lebih berhati-hati semasa menunggang!
Salam. Kat mana boleh dapat tangki minyak jaguh ea ? Yang skarang dah kemek dan berkarat...dah 2 kali hantar kedai tapi masaalah karat tu tak dapat diatasi...bawak ke kedai cuci/repair tangki dia suruh cari ganti....
BalasPadamTolong... Terima kasih
Part jaguh ni senang ka nak dapatkan?.. Dan harga part mahal x?
BalasPadamDi JB masih lagi senang cari. Cuma harga memang agak mahal sikit la. Dalam masa yang sama, boleh juga cari di Shopee (online). Harga online lebih berpatutan.
Padam