Sudah 3 minggu insiden kemalangan [
Link] berlalu. Bermakna sudah 3 minggu saya kembali menunggang motosikal.
Masih Gementar
Cuma pada minggu pertama perasaan gementar masih belum hilang setiap kali "throttle" dipulas. Perasaan trauma masih belum hilang sepenuhnya barangkali. Alhamdulillah, masuk minggu kedua dan seterusnya semunya sudah kembali seperti sedia kala.
Saya Dan Motosikal
Saya dan motosikal memang tidak dapat dipisahkan. Selain menjadi pengangkutan utama untuk berulang-alik ke tempat kerja, ianya juga sudah sebati dengan jiwa atas dasar praktikal dan kebebasan. Maklumlah tinggal di bandar, kenderaan yang paling pantas dan efisien tentunya sebuah motosikal.
Masih Guna Motosikal Lama?
Sebenarnya ramai juga yang terkejut kerana saya masih lagi menunggang motosikal ini. Maklumlah motosikal ini sudahpun menjangkau usia 14 tahun. Ramai juga yang mencadangkan supaya ianya ditukar kepada yang baharu. Sejujurnya saya tidak bercadang untuk membeli yang lain memandangkan ia sudah banyak berjasa. Walaupun kadang-kadang terpaksa juga melayan kerenah sakit
peningnya [
Link], selagi mampu bertahan saya akan meneruskannya.
Kenapa tidak membeli motosikal yang baharu?
Antara jawapan popular saya ialah ianya bertentangan dengan semangat tulen seorang penunggang motosikal tegar yang mementingkan kebebasan. Berhutang untuk memiliki yang baharu tentunya sesuatu yang "kontra" dengan semangat tersebut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan