Bila membaca artikel, kenyataan, ulasan serta komen-komen yang ada di media sosial mengenai Pesawat Malaysia Airlines MH370 menuju ke Beijing memang cukup menakutkan.
Ada diantaranya yang terlalu berani menyatakan pendapat serta pelbagai hipotesis yang menjurus kepada spekulasi.
Ada diantaranya yang terlalu berani menyatakan pendapat serta pelbagai hipotesis yang menjurus kepada spekulasi.
Zahirkan Empati dan Simpati
Sewajarnya apabila mendapat tahu tentang perkara atau insiden yang melibatkan nyawa manusia, kita hendaklah menzahirkan perasaan empati dan simpati.
Hentikan Kenyataan Spekulasi dan Sarkastik
Pada pendapat saya, sebarang penerbitan, perkongsian, kenyataan, ulasan serta komen-komen yang berbentuk spekulasi dan sarkastik perlulah dielakkan agar tidak merumitkan lagi keadaan.
Hormati Perasaan
Perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat perlulah dijaga dan dihormati. Selain itu, perlu juga ada ketetapan dan etika yang harus dipatuhi apabila menulis atau berkongsi maklumat.
Pandai vs Memandai-mandai?
Apa pun, komen serta ulasan orang pandai adalah sangat berbeza dengan orang yang pandai-pandai! Antara pandai dan pandai-pandai, lebih baik diam-diam!
#doakanMH370 #prayforMH370
#doakanMH370 #prayforMH370
Tiada ulasan:
Catat Ulasan