Alhamdulillah saya sudah selamat kembali daripada Bandaraya Hanoi, Vietnam beberapa hari yang lepas. Banyak yang hendak diceritakan.
Namun begitu, kekangan masa menjadi penghalang nombor 1! Banyak gambar-gambar dan video yang ada didalam kad memori kamera yang masih belum dimuat turun.
Deretan beca di Bandaraya Hanoi |
Namun begitu, kekangan masa menjadi penghalang nombor 1! Banyak gambar-gambar dan video yang ada didalam kad memori kamera yang masih belum dimuat turun.
Naik Beca Lagi!
Tidak banyak beza percutian kali ini dengan percutian yang lepas-lepas [Link]. Aktiviti yang disusun untuk kami agak padat.
Naik beca lagi! kali ini di Hanoi! |
Apa pun kali ini saya berpeluang sekali lagi menaiki beca. Kalau dahulu saya menaiki beca di Hutong Street, Beijing [Link]. Kali ini cabarannya ialah mengelilingi Bandaraya Hanoi.
Merasai Hiruk Piruk
Sudah seakan menjadi tren setiap kali bercuti akan ada aktiviti menaiki beca. Apa pun saya seronok melihat warna-warni Bandaraya Hanoi dari perspektif penumpang beca. Merasai kesibukan dan hiruk piruk kehidupan di bandaraya dengan cara paling santai!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan