BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

12 Jun 2014

Ini Semua Gara-gara Reunion Dan Kamera!

Reunion Sekolah Kami SMVPJB
Sudah lama saya tidak mengemaskini blog. Hampir 2 bulan lamanya. Bukan merajuk, cuma terpaksa mengalihkan tumpuan kepada perkara yang lebih memerlukan perhatian. 

Sepatutnya saya perlu menulis sambungan cerita mengenai pengalaman ketika Vietnam [Link] tempohari. Namun begitu, penulisan yang dirancang tidak menjadi kenyataan dan terpaksa diubah sedikit. In shaa Allah, jika ada kelapangan ianya akan disambung lagi.

Sebenarnya sepanjang 2 bulan yang lepas, saya telah terlibat didalam menguruskan acara majlis perjumpaan semula bekas pelajar sekolah (Reunion) yang diadakan pada akhir bulan lepas. Jadi untuk memastikan kelancarannya, segala persiapan dari segi peralatan teknikal perlu dipastikan dalam keadaan bersedia dan sempurna.


Reunion Sekolah Kami SMPVJB


Didalam masa yang sama, perhatian kepada blog seakan-akan dihakis semenjak saya memiliki kamera Olympus PEN E-PL2. Banyak masa telah digunakan untuk berlatih dan memantapkan teknik mengambil gambar dengan betul. Walaupun hanya berbekalkan lensa pancake 17mm, ianya sudah cukup mengasyikkan! 


Olympus PEN E-PL2 - How To Photograph Absolutely Everything


Memandangkan saya bukanlah seorang yang sangat cekap dalam melakukan banyak perkara didalam satu-satu masa, aktiviti seperti menulis blog terpaksalah dikorbankan buat sementara.

Kini acara yang dirancang sudah selesai manakala keinginan mengambil gambar dan memperbaiki teknik sudah semakin reda. Alhamdulillah, terasa sangat lega dan gembira apabila perkara yang dirancang dapat dijayakan dengan baik dan mengikut aturan yang telah ditetapkan. Harap selepas ini saya boleh kembali untuk menulis di sini dengan kadar yang lebih kerap!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan