BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 Jun 2014

Kadar Zakat Fitrah 2014 / 1435 Bagi Negeri Johor

Kadar Zakat Fitrah 2014 / 1435 Bagi Negeri Johor

Panduan Kadar Fitrah


Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (Beras Nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).

[Link]

Panduan Pembayar

  • Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan Zakat Fitrah di Negeri Johor 
  • Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. 
  • Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor. 
  • Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.
Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:

Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)”

Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah



Kaunter Kutipan Zakat Harta dibuka 7 Hari Seminggu:
Ahad – Rabu : 8.15 pagi – 4.00 petang
Khamis : 8.15 pagi – 2.30 petang
Jumaat & Sabtu: 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Semua Kaunter Zakat Harta, Pejabat Kadi Daerah di Seluruh Negeri Johor



2 ulasan:

  1. Ingat salah rumah td..

    Tahniah bro, cantik gak template ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Sedang baiki mana yang patut.. :)

      Kena buat juga blog ni supaya mesra tablet & smartphone.

      Padam