BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

16 Oktober 2014

Easy Rider Peringkat Permulaan - Apa Yang Ditawarkan Oleh Pasaran?

Boleh dikatakan segmen motosikal yang paling kurang diberikan tumpuan oleh pengeluar dan pengedar motosikal di Malaysia adalah segmen "Easy Rider (Cruiser)" peringkat permulaan. Namun begitu, terdapat beberapa pilihan model serta varian yang ditawarkan.

Manakala julat harga bermula dari RM13,000 hingga RM26,000. Antara model serta varian yang boleh didapati dipasaran sekarang adalah:


Keeway Dorado 250


Terdapat 2 varian yang diperkenalkan di Malaysia. Varian standard dan Black Night. Model yang agak menarik untuk diperkatakan kerana ia dilengkapi dengan enjin "V-Twin".


Keeway Dorado 250
Keeway Dorado 250



Tha Heist - Cleveland CycleWerks


Motorsikal yang mempunyai rekabentuk asas yang menarik. Satu-satunya motosikal yang berada di dalam kategori (Easy Rider Peringkat Permulaan) ini di Malaysia yang menggunakan "Rigid Frame".


Tha Heist - Cleveland CycleWerks
Tha Heist - Cleveland CycleWerks



Naza Cruise GV250 Efi


Motorsikal yang boleh dikatakan menepati ciri-ciri sebuah Easy Rider (Cruiser) kerana dilengkapi dengan enjin "V-Twin" sama seperti Keeway Dorado 250.  


Naza Cruise GV250 Efi
Naza Cruise GV250 Efi



Daelim VL250 Daystar


Dilengkapi dengan enjin silinder tunggal dan sistem penyejukkan cecair. Rekabentunya menarik sehinggakan mampu mencipta ilusi agar ianya kelihatan seperti mempunyai enjin V-Twin!

Daelim VL250 Daystar
Daelim VL250 Daystar



Kawasaki VN II 250


Model yang paling mahal dari segi harga dan yang paling berkuasa dalam kelasnya. Namun begitu disebabkan faktor harganya yang agak mahal berbanding pesaingnya telah sedikit sebanyak menyekat permintaan terhadap motosikal ini.

Kawasaki VN II 250
Kawasaki VN II 250


V-Twin Atau Single Cylinder?


Motosikal walaupun kecil tetapi jika dilengkapi dengan enjin V-Twin tentunya sudah menepati ciri-ciri asas sebuah "Easy Rider (Cruiser)" tulen! Yang pastinya, bunyi yang dijana oleh enjin V-Twin tentunya lebih sedap didengar berbanding enjin bersilinder tunggal!

Namun begitu atas faktor kos penyelenggaran, "Easy Rider (Cruiser)" bersilinder tunggal patut juga diberikan perhatian serius.
 

Tak Cukup Budget?


Jangan risau! Modenas Jaguh kan ada!  Walaupun sudah agak berumur dan tiada lagi model baharu dikeluarkan ianya merupakan sebuah "Easy Rider (Cruiser)" tulen. Boleh diperolehi bermula dengan harga serendah RM1500. Bagus untuk digunakan sebagai motosikal latihan dan menyesuaikan diri sebelum berhijrah ke model yang lebih besar.


8 ulasan:

  1. moto idaman gua nih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Cepat-cepatlah menabung. Dah ada nanti boleh ronda satu Malaysia.

      Padam
  2. Minta pendapat, antara Daelim Daystar vl250 dgn Keeway Dorado Blacknight 250. Pmanduan utk blik kmpung sminggu skali dr JB ke KL dlm 350km. Pandangan dr segi keselesaan dan kos?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada pendapat saya, kedua-duanya OK. Cuma jika mahu rasa nikmat sebenar easyrider tulen kena ambil yang V-Twin (Dorado) la :)

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Harga vn11 yg saudara anggarkan terlalu tinggi.
      Harga dan kos antara daystar dan dorado x bnyk beza. Setuju dgn pendapat anif, v'twin adalah cruiser tulen.

      Padam
  3. Harap2 Honda Rebel 250 masuk pasaran Malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap begitulah. Baru ada lebih banyak pilihan.

      Padam