BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

09 Oktober 2014

aigoPad M60 - Kos Penggantian Bateri

Saya memiliki 2 unit aigoPad M60 yang digunakan oleh kedua-dua anak saya. Setelah beberapa ketika menggunakannya, saya dapati baterinya semakin lemah untuk menyimpan dan mengekalkan caj pada satu jangkamasa yang munasabah. Sudah pasti hal ini amat merisaukan kedua-dua anak saya. Walau bagaimanapun, isu ini dapat saya selesaikan dengan menggunakan "Power Bank".


aigoPad M60 - Masalah Bateri? Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya
aigoPad M60 - Masalah Bateri? Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya



Bateri Sudah Tidak Mampu Menyimpan Caj!


Namun begitu selepas beberapa ketika, keadaan menjadi semakin teruk apabila bateri pada aigoPad M60 tidak mampu langsung menyimpan dan mengekalkan caj. Pada masa tersebut, "Power Bank" yang ada tidak lagi dapat membantu. Nampaknya sudah tiada cara lain untuk menyelesaikannya melainkan dengan melakukan penggantian bateri.


Warranty Sudah Lama Tamat

 
Memandangkan tempoh "Warranty" sudah lama tamat, saya tidak bercadang untuk menghantarnya ke pusat servis. Saya melakukan carian di internet tentang bateri yang sesuai untuk digunakan pada aigoPad M60. Memang terdapat pelbagai jenis dan saiz tetapi semunya lebih sesuai digunakan pada tablet yang berukuran 7 inici ke atas. Bagi tablet berukuran 6 inci agak sukar mencarinya atau hampir tiada langsung yang sesuai. 


Hubungi Pusat Servis


Bila pencarian tidak membuahkan hasil, akhirnya saya mengalah dan merujuk semula senarai pengedar dan pusat servis bagi aigoPad M60. Memandangkan saya tinggal di Johor Bahru, pusat servis terhampir ialah di Ten Ten Telecommunications Sdn. Bhd. cawangan Taman Molek. Saya menghubungi pusat servis tersebut dan terus bertanyakan tentang bateri serta kos yang berkaitannya dengannya.


aigoPad M60 - Service Form Ten Ten Telecommunicatons Sdn. Bhd.
aigoPad M60 - Masuk Bengkel!


Rupa-rupanya kos mengganti bateri untuk aigoPad M60 tidaklah semahal seperti yang disangka. Hanya RM20 seunit. Cuma terpaksa menunggu sehingga 3 minggu untuk disiapkan kerana tablet terpaksa dihantar ke Kuala Lumpur untuk urusan servis dan penggantian bateri.



Selepas 3 Minggu


Alhamdulillah selepas 3 minggu, saya mendapat panggilan daripada pusat servis yang mengatakan bahawa tablet sudah boleh diambil. Tanpa berlengah, keesokan harinya saya ke pusat servis dan mengambil kedua-dua tabet aigoPad M60 milik saya.


aigoPad M60 - Final Invoice (Battery Replacement)
aigoPad M60 - Kos Bateri Seunit Cuma RM20


Walaupun saya hanya meminta mereka menggantikan bateri, saya dapati pihak pusat servis telah melakukan beberapa perkara tambahan seperti mengetatkan butang-butang "Power" dan "volume" yang sebelum ini telah longgar serta melekatkan "Screen Protector" yang baharu.



aigoPad M60 -  Siap Dengan Pelekat  Warranty Yang Baharu!


Khidmat Lepas Jualan Bagus


Tidak dinafikan bahawa aigoPad M60 adalah sebuah tablet yang murah dan amat sesuai digunakan oleh kanak-kanak. Walaupun murah, jenama ini disokong oleh pengedar yang bagus dan mempunyai reputasi yang baik. Selain jenama aigo, pengedar ini juga mempunyai beberapa portfolio jenama terkenal dibawah naungannya. Jadi, isu servis serta mendapatkan alat ganti tidaklah menjadi satu masalah besar.

Benar, memang ada jenama yang lebih murah daripada aigoPad M60 tetapi khidmat sokongan selepas jualannya sentiasa menjadi persoalan lebih-lebih lagi jika ianya diedarkan oleh pengedar yang kurang dikenali.


4 ulasan:

  1. murah je bettri die.. jimat2...

    Recent Post by MananQayyim : Segmen - 4 Power Bank Original untuk dimenangi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lah mahal mana pun.. Cuma terpaksa menunggu lama. :)

      Padam
  2. pada permulaan aigo tablet agak popular, sekarang ia sudah jarang dicari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Dulu popular. Tapi, kalau masih ada yang simpan dan baterinya sudah tidak elok masih ada peluang untuk memanjangkan nyawanya. :)

      Padam