Sudah lebih seminggu Nurin Amani secara rasminya berada di darjah satu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sejujurnya tiada apa yang hendak kami risaukan sangat. Maklumlah pengalaman ketika kakaknya melangkah ke darjah satu dahulu telah sedikit sebanyak membuatkan kami lebih bersedia.
Hari Pertama Ke Sekolah - Melangkah Dengan Penuh Yakin! |
Benar kata sesetengah orang, anak kedua ini biasanya lebih cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran serta suasana yang baharu. Berdasarkan pemerhatian kami, ternyata memang kenyataan itu ada meritnya.
Hari Pertama Ke Sekolah - Tag Nama Perlu Ada |
Seperti kakaknya, jadual persekolahan Nurin Iman sememangnya amat padat. Sesi persekolahan untuk sekolah kebangsaan bermula pada 7:20 pagi sehingga 1:20 tegahari manakala sesi persekolahan untuk sekolah agama pula bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang.
Hari Pertama Ke Sekolah - Beratur Itu Rutin Wajib! |
Pulang sahaja dari sekolah kebangsaan, beliau hanya mempunyai lebih kurang 1/2 jam untuk bersiap dan pergi ke sekolah agama manakala sebaik pulang dari sekolah agama terus ke kelas mengaji.
Kadang-kadang terasa kesian pula melihat Nurin Amani kepenatan sebaik sahaja pulang dari sekolah. Pun begitu apabila difikirkan semula, itulah cabaran yang perlu ditempohi disepanjang zaman persekolahannya. Sama seperti abahnya yang juga telah melalui sistem yang sama..
Memang teruja anak2 nak masuk darjah satu..
BalasPadamBetul tu. Teruja & berdebar-debar :)
Padamsaya teruja setiap tahun hari pertama sekolah.. walaupun bukan darjah satu hehehe...
BalasPadamhttp://amfarra.blogspot.com
Sebagai ibu & bapa perasaan sebegitu perlu sentiasa ada :)
PadamDah besar dah anak awak.. Dulu baca pasal kakak.. Skrg adik pulak dh djh 1. Rasa tuanya la..
BalasPadamTu la.. Dah besar!
PadamJangan kata tua. Katakalah lebih matang dan berpengalaman :)