Kami memulakan tahun baharu 2015 dengan meluncur di Skating Rink, Sutera Mall. Memang ini bukanlah acara yang menjadi kebiasaan buat kami sekeluarga. Pun begitu, ini adalah aktiviti menarik untuk memulakan tahun baharu.
Skating Rink, Sutera Mall |
Agak teruja sebenarnya bila mengetahui bahawa berdekatan dengan tempat tinggal kami sudah ada gelanggang meluncur ais yang sudah dibuka. Maklumlah sebelum ini jika mahu meluncur ais sudah tentu gelanggang meluncur ais yang berada di Sunway Pyramid terpampang di dalam kotak fikiran.
Teruja Untuk Memulakan Aktiviti! |
Meluncur Tanpa Ais!
Namun begitu, sangkaan kami meleset. Gelanggang meluncur ais yang kami sangkakan itu sebenarnya adalah gelanggang meluncur sintetik! Benar, memang tiada ais. Permukaan gelanggang dibuat menggunakan bahan yang dipercayai polimer yang dibangunkan oleh syarikat Xtraice.
Adik Confident, Kakak Takut-takut! |
Jatuh Dan Bangkit Semula Dengan Senyuman!
Tidak kisahlah sama ada ianya ais ataupun bukan. Keseronokkan melakukan aktiviti tersebut menjadi ukuran.
Tak sangka dkt JB dah ada tempat main skating ice..ada masa dah blh bwk anak2 pergi sana..
BalasPadamYup. Saya pun tak sangka. Walaupun bukan ais, kira OK la daripada tiada! :)
PadamWah seronoknya. Berapa ye harga untuk masuk?
PadamIsnin - Khamis (10:30AM - 5:00pm) - Dewasa (RM10) Kanak-Kanak (RM8).
PadamIsnin - Khamis (5:00PM - 10:00OM) - Dewasa (RM12) Kanak-kanak (RM10)
Hujung Minggu / Cuti Umum - Dewasa (RM12) Kanak-kanak (RM10)
Kadar yang dinyatakan adalah untuk sejam tidak termasuk sewa peralatan..