JPO
Disember 10, 2011
Johor Premium Outlets - Kami Sudah Ke Sana!
Antara cerita dan berita terhangat sepanjang Disember 2011 dari Selatan Tanah Air ialah tentang pembukaan Johor Premium Outlets (JPO).
Kami sudah pun terlepas untuk menghadirkan diri ke sesi preview yang diadakan pada awal bulan ini. Namun begitu, semalam kekecewaan itu telah pun terubat dan berjaya ditebus. Akhirnya kami telah berjaya menjejakkan kaki ke sana.
Memang pada mulanya tidak berapa pasti jalan manakah yang patut diguna untuk menuju ke Johor Premium Outlets (JPO). Berdasarkan kepada cerita daripada rakan-rakan yang telah pun ke sana, lokasinya adalah terletak di bersebelahan dengan Lebuhraya Link Kedua menuju ke Senai.
Lokasi Dan Panduan Ke Destinasi
Memang pada mulanya tidak berapa pasti jalan manakah yang patut diguna untuk menuju ke Johor Premium Outlets (JPO). Berdasarkan kepada cerita daripada rakan-rakan yang telah pun ke sana, lokasinya adalah terletak di bersebelahan dengan Lebuhraya Link Kedua menuju ke Senai.
![]() |
| Lokasi dan Panduan Ke JPO |
Setelah mengenal pasti laluan yang sepatutnya digunakan, kami telah berjaya sampai di sana sekitar jam 6:00 petang iaitu lebih kurang 15 minit perjalanan dari kediaman kami.
Berikut Adalah Panduan Mudah Untuk Menuju Ke Johor Premium Outlets (JPO):
| Dari Singapura melalui Woodlands | Singapura → Sultan Iskandar Ciq JB → Jalan Yahya Aldatar → Lebuhraya Tebrau → Lebuhraya Utara Selatan → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO) |
| Dari Singapura melalui 2nd Link | Singapura → Tuas → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO) |
| Dari Kuala Lumpur | Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO) |
Kemudahan Yang Disediakan
Sebaik sahaja sampai, memang agak kagum dengan barisan butik-butik berjenama terkenal yang ada di situ. Kemudahan lain yang disediakan oleh pihak pengurusan Johor Premium Outlets (JPO) merangkumi tempat permainan kanak-kanak, medan selera, eskulator, lift, surau, mesin ATM, perkhidmatan pengurup wang, Balai Polis serta tandas.
Cuma sedikit yang dikesalkan ialah saiz bilik surau yang disediakan itu agak kecil dan pastinya menyukarkan pengunjung untuk melakukan ibadah solat diawal waktu. Saiz bilik surau itu sebenarnya tidak mampu menampung bilangan pengunjung yang ramai. Selain daripada itu nisbah saiz bilik surau itu langsung tidak berpadanan dengan saiz keseluruhan kompleks yang tersergam indah itu. Hal seperti ini seolah-olah sudah seperti menjadi kelaziman di negara ini.
Panduan Pengunjung - Senarai Jenama Dan Direktori
Berdasarkan senarai rasmi terdapat hampir 80 jenama terkenal yang dijual di Johor Premium Outlets (JPO). Namun begitu ada beberapa butik yang masih belum beroperasi lagi.
Berikut adalah senarai butik yang terdapat di Johor Premium Outlets (JPO) mengikut kategori dan nombor suite sebagai panduan kepada pengunjung :

