BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 September 2010

27 September 2010

September 27, 2010

Aktiviti Harian Part Time Blogger - Siri 1



Aktiviti Harian Seorang Part Time Blogger:
  • Jam 8:00 Pagi - Check Email.
  • Jam 8:30 Pagi - Membaca berita diportal berita online.
  • Jam 8:45 Pagi - Memeriksa halaman rangkaian sosial.  
  • Jam 9:00 Pagi - Bersedia untuk memulakan tugas dan setiap 1/2 jam  memberitahu dunia tentang perkembangan kerjaya, perasaan serta pendapat di halaman rangkaian sosial.
  • Jam 1:00 - 2:00 Tengahari - Rehat untuk makan tengahari.
  • Jam 2:01 - 5:30 Petang - Bertugas dengan penuh dedikasi dan diselang seli dengan aktiviti online yang lain.
  • Jam 6:00 petang -1:30 Pagi - Membuat rumusan tentang kehidupan seharian serta  perkembangan semasa dan mengolah sesuatu untuk ditulis didalam blog.


26 September 2010

22 September 2010

September 22, 2010

Malware Menganggu Aktiviti Online

Memang kurang memberangsangkan untuk melakukan aktiviti "Blog Walking" sejak seminggu yang lepas berikutan serangan "Malware" dibeberapa halaman web yang masih belum reda sepenuhnya.

Oleh yang demikian, Aku mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti "Blog Walking" buat sementara waktu dan memilih untuk membuat beberapa perubahan serta penambahbaikan pada blog ini. 

Antara perubahan yang dibuat ialah merombak sedikit susun atur "Widget", membuang "Widget" iklan yang tidak produktif, membuang "link blog" yang disyaki tidak selamat dan akhir sekali menambah "Widget" yang lebih berguna untuk memudahkan navigasi kandungan blog. 


2 buah "Widget" terbaharu yang diletakkan pada blog ini ialah "Social Plugins Widget" dari Facebook dan "Widget RSS Custom".  "Social Plugins Widget" dari Facebook ini dapat memaparkan artikel popular pada blog ini yang telah disebarkan oleh pembaca blog untuk dikongsi di Facebook.