Cerita Tentang [
Cerita Kedai Kopi
]

Kanak-Kanak Ingin Jadi Artis Perlu Kelulusan KP Jabatan Tenaga Kerja

Berkaitan artikel yang ditulis diblog ini pada  29 November 2010 yang bertajuk Apabila Kanak-Kanak DiDewasakan Terlalu Awal. Nampaknya ada perkembangan positif  mengenainya seperti yang disiarkan di Berita Harian Online semalam.


Alhamdulillah, isu ini memang sudah berada dibawah radar Jabatan Tenaga Kerja melalui Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010  mensyaratkan supaya:

Kanak-kanak di bawah umur yang berhasrat menceburi bidang hiburan seperti menjadi pelakon, pemuzik atau penyanyi perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata mereka perlu mendapatkan kelulusan dan mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 bagi mengelakkan mereka dieksploitasi sehingga mengganggu pelajaran.

Syabas diucapkan kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja yang perihatin dengan nasib kanak-kanak serta secara tidak langsung melindungi hak dan kebajikan serta melindungi kehidupan kanak-kanak tersebut. Seterusnya mengelakkan diri mereka daripada dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu.

Berikut adalah artikel lengkap yang disiarkan di Berita Harian Online:
Berita Harian Online | Kanak-kanak ingin jadi artis perlu kelulusan KP Jabatan Tenaga Kerja
 
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak di bawah umur yang berhasrat menceburi bidang hiburan seperti menjadi pelakon, pemuzik atau penyanyi perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata mereka perlu mendapatkan kelulusan dan mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 bagi mengelakkan mereka dieksploitasi sehingga mengganggu pelajaran.

"Menerusi pindaan ini, dimaklumkan bahawa menteri akan menggubal peraturan-peraturan dan mereka yang ingin terlibat dalam industri hiburan perlu mengikuti beberapa proses di mana dalam proses itu ada panduan dan peraturan yang mesti dipatuhi.

"Tanpa kelulusan ketua pengarah Jabatan Tenaga Kerja mereka tidak boleh bekerja dalam sektor hiburan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. Maznah berkata, antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah jika bekerja selama enam hari, kanak-kanak itu perlu ada cuti selama sehari dan jika mereka bekerja selama tiga jam secara berterusan, mereka mesti ada masa rehat sekurang-kurangnya 30 minit. "Selain itu, mereka tidak boleh bekerja di antara jam 8 malam hingga 7 pagi kecuali dalam bidang hiburan yang memerlukan kelulusan ketua pengarah Jabatan Tenaga Kerja," katanya. Melalui pindaan rang undang-undang itu juga, sekiranya kanak-kanak itu bersekolah, mereka tidak boleh bekerja dan bersekolah lebih dari tujuh jam.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 47,000 kanak-kanak yang bekerja di negara ini dan sebahagian besar daripada mereka adalah bagi membantu keluarga dan bekerja secara sambilan. "Kementerian memandang serius mengenai penyalahgunaan tenaga kerja kanak-kanak.

Melalui Jabatan Tenaga Kerja pemeriksaan berkala sentiasa diadakan di tempat-tempat pekerjaan. "Pindaan rang undang-undang ini membenarkan kanak-kanak bekerja tetapi waktu bekerja adalah tidak melebihi tujuh jam sehari dan terhad kepada perusahaan yang diusahakan oleh keluarga mereka sahaja atau kerja ringan," katanya. Persidangan dewan disambung esok. - BERNAMA




Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.
Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment