Sudah agak lama kami tidak ke Bazar JB. Nampaknya sudah banyak perubahan yang berlaku. Yang pastinya, bilangan peniaga sudah bertambah ramai dan semakim sukar mendapatkan tempat letak kereta.
Cuma yang tidak seronoknya identiti asal Bazar JB yang didominasi oleh peniaga barang-barang "vintage" sudah semakin terhakis akibat limpahan peniaga yang berniaga barangan ciplak! Tentunya ini merupakan perkembangan yang tidak berapa sihat dan perlu ada kawalan oleh agensi yang berkaitan.
Namun begitu, seakan ada tarikan baharu di Bazar JB kerana terdapat seorang peniaga yang menjual haiwan peliharaan. Tentunya penjual ini berjaya menarik perhatian pengunjung terutamanya kanak-kanak untuk singgah sebentar bermesra dengan arnab-arnab yang dijual.
Akibat begitu asyik bermain dengan arnab-arnab ini, kedua-dua anak kami tidak mahu pulang ke rumah terutama Nurin Amani. Puas cuba memujuknya, tetapi dia tetap tidak sanggup meninggalkan arnab-arnab yang comel itu.
Dalam pada cuba memujuk Nurin Amani, Azza terdengar seorang pengunjung bertanya kepada si penjual harga seekor arnab tersebut.. Kalau tidak silap pendengarannya, si penjual menyatakan harga seekor ialah RM180!!
Kalau sudah terpikat dengan kecomelan haiwan tersebut, RM180 tu apalah sangat...
Kalau sudah terpikat dengan kecomelan haiwan tersebut, RM180 tu apalah sangat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan