BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

23 Februari 2011

Aiskrim Ini Boleh Dikupas Kulitnya! - Mat Kool Split

Semalam kami ke 7 Eleven berhampiran kediaman.  Sebaik sahaja tiba di sana anak-anak terus meluru ke peti aiskrim.  Selalunya hanya singgah untuk membeli roti tetapi hari ini ada kekecualian, aiskrim dibenarkan.  Mereka memilih aiskrim berwarna kuning dari peti aiskrim Nestle.  Terdapat gambar pisang dipembalutnya. Pada mulanya memang tidak kisah langsung akan keunikan aiskrim ini tetapi sebaik sahaja tiba di rumah mereka menunjukkan cara memakan aiskrim ini. Rupa-rupanya, " Aiskrim Ini Boleh Dikupas Kulitnya! - Mat Kool Split "



Ia boleh dikupas seperti pisang sebenar sebelum menikmatinya!  Macam-macamlah sekarang ini sampai aiskrim pun sudah boleh dibuat menyerupai pisang sebenar.  Cuma tak berapa pasti rasanya kerana mereka cukup kedekut apabila tiba masa makan aiskrim :)

Kalau dahulu memang tiada aiskrim sebegini dipasaran. Semasa kecil, kalau dapat makan aiskrim potongaiskrim calung, aiskrim roti  atau Cornetto sebulan sekali  memang sudah dikira cukup mewah.  

Untuk hari-hari biasa cuma mampu untuk membeli "aiskrim Malaysia" sahaja yang biasa dijual dirumah jiran yang mempunyai peti sejuk!





Ais krim yang boleh dikupas ini adalah dari siri aiskrim Mat Kool Split.


Dibahagian belakang pembalutnya memang diperincikan bagaimana untuk "mengupas" kulitnya :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan