Tips
Julai 21, 2012
Memaparkan catatan dengan label Aiskrim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aiskrim. Papar semua catatan
21 Julai 2012
23 Februari 2011
Makan-Makan
Februari 23, 2011
Aiskrim Ini Boleh Dikupas Kulitnya! - Mat Kool Split
Semalam kami ke 7 Eleven berhampiran kediaman. Sebaik sahaja tiba di sana anak-anak terus meluru ke peti aiskrim. Selalunya hanya singgah untuk membeli roti tetapi hari ini ada kekecualian, aiskrim dibenarkan. Mereka memilih aiskrim berwarna kuning dari peti aiskrim Nestle. Terdapat gambar pisang dipembalutnya. Pada mulanya memang tidak kisah langsung akan keunikan aiskrim ini tetapi sebaik sahaja tiba di rumah mereka menunjukkan cara memakan aiskrim ini. Rupa-rupanya, " Aiskrim Ini Boleh Dikupas Kulitnya! - Mat Kool Split "
Ia boleh dikupas seperti pisang sebenar sebelum menikmatinya! Macam-macamlah sekarang ini sampai aiskrim pun sudah boleh dibuat menyerupai pisang sebenar. Cuma tak berapa pasti rasanya kerana mereka cukup kedekut apabila tiba masa makan aiskrim :)
Kalau dahulu memang tiada aiskrim sebegini dipasaran. Semasa kecil, kalau dapat makan aiskrim potong, aiskrim calung, aiskrim roti atau Cornetto sebulan sekali memang sudah dikira cukup mewah.
Untuk hari-hari biasa cuma mampu untuk membeli "aiskrim Malaysia" sahaja yang biasa dijual dirumah jiran yang mempunyai peti sejuk!
Ais krim yang boleh dikupas ini adalah dari siri aiskrim Mat Kool Split.
Dibahagian belakang pembalutnya memang diperincikan bagaimana untuk "mengupas" kulitnya :)
02 September 2010
Nurin Iman
September 02, 2010
Hari Aiskrim Sekeluarga - Siri 2
Sebaik sahaja membuat entry berkenaan berbuka puasa di restoran makanan segera tempohari, keseokannya harinya kami ke sana. Tetapi bukanlah untuk berbuka puasa sebaliknya singgah kerana Nurin Iman mengadu lapar setelah balik dari membeli persiapan hari raya.
Sinonim bukan, bila sudah penat membeli belah dan berjalan-jalan tentu lapar!
Ingatkan bila sudah lepas waktu berbuka semakin kurang pelanggan tetapi apa yang berlaku agak mengelirukan. Semakin malam semakin ramai pelanggan sehinggakan untuk mendapatkan tempat duduk pun agak sukar.
Ini semua pada hemat kami berpunca daripada perkhidmatan WiFi percuma yang disediakan. Seronok ber WiFi percuma di sini agaknya!
Mujur restoran ini perihatin dan membuka ruangan "reserve" yang selalunya digunakan hanya apabila ada keperluan mengadakan acara.
Akhirnya setelah dua tiga kali berpusing-pusing mencari,dapatlah kami sekeluarga duduk. Itupun setelah ada beberapa orang yang keluar dari kawasan itu.
Kalau masih tidak dapat duduk, pilihan yang terakhir ialah untuk membeli bungkus dan bawa pulang!
Pastinya pilihan tersebut akan ditentang habis-habisan oleh kedua-dua anak kami kerana mereka bukan sekadar mahu makan di situ tetapi bermain di bilik permainan mini yang disediakan. Memang sudah menjadi acara wajib bagi mereka.
Bila sudah penat bermain, berehat sebentar dan kemudiannya terus makan aiskrim. Anak-anak dengan aiskrim memang tidak dapat dipisahkan.
23 Ogos 2010
Tips
Ogos 23, 2010
Tips Untuk Membangunkan Anak Bersahur #1
Agak sukar untuk mengejutkan anak yang mula belajar berpuasa untuk bangun bersahur. Memang diakui itu antara cabaran dalam mendidik anak untuk menjalani ibadat berpuasa.
Nurin Iman juga tidak terkecuali. Memang sukar untuk membangunkanya. Kalau sudah bangun pun, matanya tetap terpejam lagi. Sehinggakan sewaktu mengunyah makanan pun, matanya belum celik lagi.
Tetapi pagi ini dia bangun dengan penuh bersemangat! Tiada tanda-tanda mengantuk walaupun jam menunjukan pukul 5:00 pagi. Sebabnya Azza telah membisikan ke telinganya yang dia akan dapat makan aiskrim selepas makan nasi.
Kesimpulanya untuk memastikan anak-anak boleh bangun untuk bersahur, ibu bapa perlu menyediakan satu tarikan berupa makanan kegemaran yang paling sukar untuk anak-anak tolak contohnya seperti aiskrim! Rasanya setiap ibu bapa mesti tahu apa yang disukai oleh anak mereka. Jadi gunakan peluang ini sebaik mungkin.
03 Ogos 2010
Nurin Iman
Ogos 03, 2010
Hari Aiskrim Sekeluarga - Siri 1
Mereka semua telah ditahan daripada makan aiskrim selama sebulan. Alhamdulillah, mereka berjaya melakukannya walaupun sukar!
Sebulan yang lepas mereka demam dan selsema. Berjangkit dari kakak ke adik dan akhirnya kesemua ahli keluarga.
Oleh yang demikian peraturan ini mula dikuatkuasakan, "selagi mereka belum pulih sepenuhnya, aiskrim merupakan "benda" pertama yang perlu dijauhi."
Walaupun tidak mengembirakan dan mendapat bantahan perkara tersebut perlu dilakukan.
Sebagai ganti aiskrim, mereka hanya boleh membeli roti ketika ke kedai atau 7-Eleven!
Memanglah kasihan melihat mereka menjeling-jeling peti aiskrim di kedai dan 7-Eleven, tetapi apa boleh buat peraturan mesti dihormati. Setelah diterangkan akhirnya mereka faham dan akur. Semuanya untuk kebaikan mereka juga akhirnya.
Sebulan yang lepas mereka demam dan selsema. Berjangkit dari kakak ke adik dan akhirnya kesemua ahli keluarga.
Oleh yang demikian peraturan ini mula dikuatkuasakan, "selagi mereka belum pulih sepenuhnya, aiskrim merupakan "benda" pertama yang perlu dijauhi."
Walaupun tidak mengembirakan dan mendapat bantahan perkara tersebut perlu dilakukan.
Sebagai ganti aiskrim, mereka hanya boleh membeli roti ketika ke kedai atau 7-Eleven!
Memanglah kasihan melihat mereka menjeling-jeling peti aiskrim di kedai dan 7-Eleven, tetapi apa boleh buat peraturan mesti dihormati. Setelah diterangkan akhirnya mereka faham dan akur. Semuanya untuk kebaikan mereka juga akhirnya.












