BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

27 Oktober 2011

Nokia Lumia 800 - Bakal Memeriahkan Pasaran

Nokia Lumia 800
Akhirnya setelah sekian lama berdiam diri dan membiarkan para pesaingnya seolah-olah berpesta, Nokia memperkenalkan telefon pintar terbaharu keluaran mereka yang dikenali sebagai Lumia

Terdapat 2 model dalam siri Lumia iaitu Lumia 800 dan Lumia 710Lumia 800 merupakan model berspefikasi tinggi manakala Lumia 710 merupakan model asas. Kedua-duanya akan mula dijual Eropah dan Amerika Syarikat pada bulan November ini.

Produk ini adalah hasil sulung daripada usaha sama Nokia dan Microsoft yang dijalinkan sejak awal tahun ini. Para penganalisis pasaran menganggap produk ini adalah hasil segera kedua-dua syarikat dalam mengekang penguasaan Apple dan Android.

Lumia 800 dari segi fizikal dan rupa bentuknya adalah serupa dengan model Nokia N9 yang menggunakan sistem pengoperasian MeeGo yang akan dihentikan pengeluarannya.


Nokia Lumia 800 vs iPhone 4S vs Nexus Galaxy vs Droid RAZR - PC World Comparison

Tidak banyak yang mampu dibuat oleh Nokia melalui Lumia 800 dalam bersaing dengan pengeluar lain dari segi spesifikasi kecuali dibahagian kamera yang mempunyai lensa yang bagus dan memberi pilihan kepada pengguna yang tidak mahukan produk dari Apple dan Android

Harus dingat Nokia masih lagi mengusai pasaran dibeberapa buah negara dan masih lagi mengekalkan hubungan yang baik dengan syarikat telekomunikasi di seluruh dunia. Dengan pengenalan harga dan pakej yang bagus, tidak mustahil telefon pintar ini mampu menghakis sedikit penguasaan pasaran Apple dan Android.

Nampaknya persaingan antara pengeluar semakin rancak. Semakin banyak inovasi yang diperkenalkan dan pastinya memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Harga Nokia Lumia 800


Kredit, PC World

Tiada ulasan:

Catat Ulasan