Now Reading [
Windows Mobile
] News

Nokia Lumia 800 - RM1650

Pada hujung bulan Oktober 2011, Saya ada membuat entry mengenai Nokia Lumia 800 yang diberitakan bakal dipasarkan ke seluruh dunia pada November 2011.  

Namun begitu selepas memasuki tahun 2012, masih belum ada bayangan oleh Nokia Malaysia akan membawa masuk model ini ke Malaysia.

Walau bagaimanapun penantian ini bakal berakhir apabila Digi secara rasminya bakal melancarkan telefon pintar ini dan telah pun merangka pakej yang sesuai serta menerima tempahan awal sebelum produk ini dilancarkan. Harga yang ditawarkan oleh Digi kepada pelanggan tanpa ikatan kontrak ialah RM1650.

Untuk spesifikasi Nokia Lumia 800 boleh merujuk kepada entry ini.


Bagi pelanggan mahukan penjimatan maksimum, mereka boleh memilih pakej yang ditawarkan:



Pakej Kontrak 12 Bulan Kontrak 24 Bulan
DG Smart Plan 48 RM1449 RM1299
DG Smart Plan 68 RM1349 RM1099



Secara peribadinya, Saya melihat harga yang diletakkan oleh Nokia Malaysia adalah agak menarik memandangkan telefon pintar ini diletakkan sebaris dengan pesaing-pesaing hebat termasuklah iPhone 4S, Samsung Galaxy Nexus dan Motorola Droid RAZR. 

Dengan menggunakan strrategi harga yang menarik ini, berkemungkinan Nokia Lumia 800 mampu menghakis sedikit pasaran telefon pintar yang dikuasai oleh IOS dan Android.

Sememangnya Nokia Lumia 800 - Bakal Memeriahkan Pasaran

Sumber, Digi Online Store










Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment