BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

02 Disember 2011

iPhone 4S Mulai Dijual Di Malaysia Pada 16 Disember 2011


Berdasarkan daripada informasi yang dipaparkan pada halaman web rasmi Celcom, iPhone 4S akan mulai dijual di Malaysia pada 16 Disember 2011

Harganya iPhone 4S masih belum diumumkan secara rasmi. Pihak syarikat telekomunikasi masih lagi berteka-teki mengenainya. Semuanya masih lagi kekal misteri buat telefon pintar yang dikelaskan sebagai gadget premium. Rasanya mereka sengaja buat bakal pembeli tertunggu-tunggu dan berdebar-debar...

Buat masa ini hanya Celcom, Maxis dan Digi telah mengesahkan akan membawa masuk telefon pintar ini ke pasaran Malaysia.

Namun begitu Maxis dan Digi tidak menyatakan tarikh pelancaran iPhone 4S. Bagi yang teruja untuk mendaptaknnya bolehlah mendaftarkan butiran peribadi di halaman web rasmi Maxis.

Berita pelancaran iPhone 4S adalah berita gembira buat peminat dan bakal pembeli gadget Apple! Pastinya semakin meriah pasaran gadget dan telefon pintar di Malaysia dengan kehadiran iPhone 4S.

Tentu ramai yang mengidamkannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan