BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 Disember 2011

Suzuki Nuda - Masih Kekal Sebagai Konsep Selepas 25 Tahun

Ada diantara ciptaan yang tidak mampu direalisasikan dan kekal dalam bentuk konsep (prototype) walaupun idea serta ciptaan tersebut sangat menarik, unik serta futurustik. Salah satu contoh klasik ialah Suzuki Nuda

Memang ini adalah antara motosikal idaman warga Generasi X. Saya sendiri menampal poster motosikal ini didalam bilik yang diambil daripada Majalah Roda Roda dan pernah berazam pada satu hari nanti untuk memilikinya.


Masih Kekal Dalam Bentuk Konsep


Oleh kerana ia masih kekal dalam bentuk konsep, peluang untuk memilikinya tentulah tiada dan akan kekal sebagai impian sampai bila-bila..


Suzuki Nuda Concept Bike - Pandangan Sisi
Suzuki Nuda Concept Bike

Suzuki Nuda ini diperkenalkan dalam bentuk konsep (prototype) pada tahun 1986 di Tokyo Motor Show. Sejak 25 tahun yang lalu ia masih kekal sebagai motosikal konsep yang mendahului zaman. Tidak keterlaluan jika ia dikatakan sebagai motosikal konsep yang memberikan impak yang agak besar sehingga mampu mempengaruhi rekabentuk pelbagai model dari jenama yang lain.


Suzuki Nuda Concept Bike - Bahagian Hadapan
Suzuki Nuda Concept Bike



Masih Sedap Dipandang - Rekabentuknya


Motorsikal konsep ini sudahpun berusia lebih 25 tahun, namun begitu rekabentuknya masih sedap dipandang. Walaupun tidak dapat direalisasikan, motosikal ini sebenarnya adalah sebuah motosikal konsep (prototype) yang telahpun diuji dan ditunggang. Menggunakan enjin Suzuki GSX-R 750, ia mampu mencapai kelajuan 280km/h berikutan rekaan serta aerodinamiknya yang bagus.



Suzuki Nuda Concept Bike - Pandangan Sisi Kanan
Suzuki Nuda Concept Bike



Pacuan Dua Roda


Selain daripada itu motosikal ini juga merupakan motosikal konsep pertama yang mengutarakan idea pacuan 2 roda. Dimana kedua-dua tayarnya mempuyai kuasa untuk menggerakkan motosikal yang dijana oleh pemacu shaft pada kedua-dua tayar hadapan dan belakang.



Faktor Kos? Biar Betul!


Diberitakan pihak Suzuki tidak dapat merealisasikan model ini akibat faktor kos pada masa tersebut. Yang pastinya pada masa kini, jika pihak Suzuki mejadikan model konsep ini sebagai realiti tentunya tiada lagi kekangan teknologi dan kos yang mampu menghalang projek ini. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan