FOREX Haram Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan


FOREX  Haram Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan

Sebenarnya sudah lama isu FOREX ini menjadi polemik dalam masyarakat. Akibat kurang jelas tentang statusnya, ramai juga yang menyertainya. Lebih-lebih lagi sejak meningkatnya kadar penembusan internet di negara ini, maka lebih pesatlah perkembangannya.

Biasanya kita disajikan dengan cerita-cerita kejayaan pedagang FOREX ini. Namun begitu Saya juga percaya ramai juga yang telah tersungkur melaluinya.

Kadang-kadang dalam sesi borak-borak kedai kopi ramai juga kawan-kawan yang membincangkan hal ini.

Pendirian Saya agak jelas mengenai isu ini sejak dahulu lagi. Selalunya Saya memberitahu mereka dan menyatakan pendapat bahawa apa-apa urusan yang berkaitan dengan spekulasi adalah haram disisi agama Islam. Malah berdagang di pasaran saham pun boleh jadi haram jika melibatkan aktiviti berbentuk spekulasi, kaunter tidak halal dan isu pemilikan yang kurang jelas. Tetapi siapalah kita untuk memberitahu.. 

Bila Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan status mengenai FOREX adalah haram, baharulah semua isu yang selama ini menjadi polemik telah terlerai. Diharap selepas ini tiada lagi umat Islam yang menjalankan atau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan aktiviti ini lagi.

Sumber, The Star Online

Bacaan tambahan :
  1. Muzakarah JAKIM Berkenaan Hukum FOREX Trading
  2. 'Forex Trader' Perosak & Islamkah Matawang Emas ?
  3. Penciptaan Duit Kertas Moden, Hukum & Forex Trading
  4. Hukum Labur & Berniaga Forex (Forex Trading)
  5. Islamic Forex Trading


Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |



Komen Melalui Facebook: